Unit Psikologi dan Kerjaya

Monday 9 May 2011

Program Communication Skills and Creative Thinking

Pada 6 dan 7 April 2011, Unit Psikologi dan Kerjaya telah mengadakan Program Communication Skills and Creative Thinking khas untuk pelajar sijil semester akhir. Program ini dianjurkan khusus untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara menulis resume dengan betul, teknik-teknik sebelum, semasa dan selepas temuduga serta memantapkan lagi teknik berkomunikasi para pelajar. Semoga para pelajar mendapat input yang berguna sepanjang program berlangsung dan seterusnya dapat menyiapkan diri ke arah yang lebih baik. 

Ceramah tentang cara-cara menulis resume yang disampaikan oleh Cik Zulhasnidar. 


Sebahagian peserta yang terlibat..


Aktiviti bersama En. Zulkifli Bin Mohamad


Putera-puteri politeknik


Jom Belajar Teknik Berkomunikasi dengan Cik Nor Fatehah


Pose istimewa dari Cik Nor Hasani


Kepada para pelajar sijil semester akhir, semoga berjaya dengan impian dan cita-cita masing-masing... 
Perubahan bermula dengan diri sendiri... 


Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa

Hijrah Bermula Dengan Diri Sendiri


Ketika lepas bebas di alam remaja,
Impianku tidak mengenal batasan
Aku ingin mengubah dunia
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,

Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah.
Lalu aku bataskan jangkauan.
Memadailah jika aku dapat mengubah Negara.
Namun ini juga tidak kesampaian.
Kala usia senja, pilihan terakhirku
Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat.
Malangnya...
Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini, di perbaringan menanti maut baru kusedari
(mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah diri sendiri
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat mengubah keluarga.
Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,
Aku pasti mampu mengubah Negara.
Dan siapa tahu...
Mungkin aku juga mampu mengubah dunia. 

petikan dari iluvislam

Sunday 8 May 2011

Makan Malam PRS

Untuk menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh  AJK-AJK Kelab Pembimbing Rakan Siswa PKB sesi Disember 2010, satu majlis makan malam telah diadakan di New Horizon Garden Restaurant. majlis ini telah dihadiri oleh Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman ( Pengarah PKB), En. Wan Azlan Bin Wan Ismail ( Timb. Pengarah Akademik), Tn. Hj. Mohd Fikeri Bin Daud ( Timb. Pengarah Sokongan dan Akademik ), penasihat kelab, penyelaras kelab, pegawai-pegawai psikologi, kaunselor-kaunselor pelatih dan juga ahli kelab PRS. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian sijil aktiviti, sijil penghargaan kepada exco-exco, penyampaian cenderahati, persembahan dari para pelajar dan juga pertukaran hadiah sesama ahli..
Berikut merupakan gambar sepanjang majlis:-

Timbalan Pengarah Sokongan dan Akademik


Ucapan Penasihat Kelab, En. Tiew Jim Mi. 

Ucapan dari Pengarah PKB, Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman.

Wajah putera-puteri yang dirai.. 

Semoga Kelab PRS terus maju dan mampu memberi sumbangan kepada semua pihak.. teruskan berjuang walaupun perit kerana keperitan itu akan menjadi manis pada akhirnya.. sekian, wassalam... 


Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang

Rahsia Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "
good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Petikan daripada iluvislam.com 

Taklimat Kemasukan Ke Politeknik di SMK Batu Gajah, Tanah Merah.

Pada 30 Mac 2011, Pegawai dari Unit Psikologi dan Kerjaya telah dijemput ke SMK Batu  Gajah untuk memberi taklimat mengenai kemasukan ke politeknik. Audiens terdiri daripada bekas  pelajar dan juga pelajar tingkatan 5. Selain daripada ceramah yang disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Mohamad (Kaunselor Pelati) dan En. Tiew Jim Mi (Pegawai Psikologi), sesi perkongsian pengalaman juga turut diadakan. Di antara pelajar PKB yang terlibat di dalam sesi ini ialah saudari Sumayyah Binti Abd Wahab dari Jabatan Perdagangan, saudara Nur Azmi Bin Abd Halim dan saudara Mohd Hazree Bin Mazhan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Selain itu, terdapat juga sesi kuiz yang dikendalikan oleh kaunselor pelatih iaitu Cik Zulhasnidar Hassan dan Cik Nor Fatehah Binti Wahid. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang taklimat berlangsung:

sesi pertanyaan selepas taklimat. 


Khusyuknya para pelajar mendengar jawapan dari Cik Fatehah. =)


Unit Psikologi dan Kerjaya PKB mengucapkan selamat berjaya kepada bekas pelajar dan juga para pelajar dari SMK Batu Gajah.. Teruskanlah berusaha untuk mencapai kejayaan. Semoga bertemu kembali di PKB... =)



Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah


Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding..

Saturday 7 May 2011

Seminar Sahsiah Diri dan Minda Cemerlang..

Untuk membantu para pelajar meningkatkan CGPA dan kehadiran ke kelas, pihak Unit Psikologi dan Kerjaya telah mengadakan Seminar Sahsiah Diri dan Minda Cemerlang bertempat di Dewan Al-Ghazali pada 28 Februari 2011. Para peserta terdiri daripada pelajar yang mempunyai kehadiran kurang daripada 80% dan CGPA kurang dari 2.5 dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan. Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj Mohd Zawawi iaitu pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kota Bharu dan Cik Wan Nor Ayuni Binti Wan Yusoff, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Semoga para peserta mendapat input yang berguna sepanjang program berlangsung dan seterusnya berjaya membentuk diri menjadi insan yang cemerlang serta berguna kepada masyarakat. 

Hayatilah serangkap pantun dari kami di Unit Psikologi dan Kerjaya, PKB: 

Ke hulu membuat pagar 
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar        
Supaya jangan sesal kemudian

Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa

Pada 24 hingga 26 Februari 20011, program Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Kota Bharu telah diadakan bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Program ini diadakan untuk membentuk para pelajar menjadi ahli PRS yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Selain daripada itu, program ini juga diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup pelajar di universiti. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti Slot Bersama PRS UMT, ceramah tentang peranan PRS yang disampaikan oleh Penasihat PRS sendiri iaitu, En. Tiew Jim Mi, Kognitif Kreatif, Baiki Diri Bantu Rakan, serta Explorace. Berikut merupakan gambar aktiviti-aktiviti yang dilakukan : 


Slot bersama PRS UMT


Mari menari bersama Encik Penasihat. =)


Kenang-kenangan bersama PRS UMT. 


LDK 1 "Tak kenal maka tak cinta"


Sesi betulkan urat saraf. 


En. Tiew Jim Mi @ En. Penasihat yang sempoi.. 


LDK 2 "Baiki Diri Bantu Rakan". 


LDK 3 "Kognitif Kreatif". 


LDK 4 "Negaraku"


Urusetia dan Fasilitator 


Lakonan dari para peserta


Juri-juri yang tak berapa professional. 


Explorace : Selesaikan Sudoku. 


Sesi Penyampaian Hadiah.. 


Semoga para peserta menggunakan input yang diperolehi sepanjang program untuk membantu orang yang memerlukan. Ingattt...ubahlah diri sendiri sebelum mengubah diri orang lain.. Baiki diri untuk bantu rakan kita..  

Motivasi Perubahan Sikap

Untuk program ini, pihak Unit Psikologi dan Kerjaya telah menjemput perunding motivasi dari luar iaitu Dr. Fakhrurazi. Program ini diadakan untuk memberi motivasi kepada para pelajar semester 2 untuk menjadi lebih cemerlang di dalam pelajaran dan juga sahsiah diri. Gaya ceramah yang disampaikan secara bersahaja oleh penceramah begitu mencuit hati peserta. Berikut merupakan gambar sepanjang ceramah ini berlangsung :

Pose menarik dari penceramah. 

Peserta khusyuk mendengar ceramah. 

Apa yang berlaku ni??? =)

Apalah yang diperhatikan tu..

Aksi penceramah dan reaksi peserta.

Buah pun ada sekali.. 

Semoga ceramah kali ini memberi input yang bermakna kepada para peserta yang terlibat... Jangan nakal-nakal lagi. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan dapat mengembirakan hati ibu bapa serta dapat berbakti kepada masyarakat sekeliling. Sekian, wassalam..

Wednesday 4 May 2011

Program Hala Tuju Mahasiswa 11 & 12 Januari 2011

Program ini adalah program pertama Unit Psikologi untuk sesi Disember 2010. Program ini diadakan khas untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semester 1 yang baru mendaftar di Politeknik Kota Bharu. Di antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, ujian personaliti warna dan taklimat Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Ceramah telah disampaikan oleh En. Muhammad Muizuddin Mukhtar, Perunding Motivasi dari Itqan Partners Training And Consultancy dan En. Mohd Nor Bin Yusoff,Pegawai Psikologi dari Politeknik Jeli.

Jom tengok gambar sepanjang program berlangsung :-

Ucapan perasmian dari Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman, Pengarah PKB. 

penceramah jemputan En. Muizuddin.

wajah manis peserta perempuan.


muka riang peserta lelaki. 

 aktiviti semasa ceramah. 

 aktiviti semasa ceramah

 aktiviti semasa taklimat PRS


Unit Psikologi dan Kerjaya PKB

PENGENALAN 

Unit Psikologi dan Kerjaya menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat membantu pelajar menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum dan juga mewujudkan keadaan kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu. Pelajar boleh menemui Pegawai Psikologi Politeknik atau Penyelaras Psikologi jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang masalah pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, social dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik.

Visi

Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu.

Misi

Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui Program Pengembangan, Pencegahan Dan Pemulihan