Unit Psikologi dan Kerjaya

Sunday 12 June 2011

Tawaran Mengikuti Program Competent Manufacturing Engineer Anjuran Bersama Cubic Learning Factory & Malacca Industrial Skills Development Centre

Cubic Learning Factory (CLF) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDC) akan mengadakan pengambilan Graduan baru dari bidang Kejuruteraan untuk Program Competent Manufacturing Engineer bermula pada bulan Julai 2011. Program ini terbuka kepada para graduan atau pelajar Politeknik Kota Bharu khususnya dari bidang Kejuruteraan yang telah menamatkan pengajian dan masih belum bekerja. Pelatih akan diberi elaun sara diri sebanyak RM500 sebulan dan akan diberi sijil kelayakan dari Cubic Learning Factory (CLF) selepas pelatih berjaya menamatkan latihan selama 7 bulan.

Sekiranya berminat, sila hubungi Cubic Learning Factory (CLF) di talian 06-251 2930 atau emailkan ke sarman_abdhamid@cil.cubicgrp.com  untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan program ini.